Kamui Kobayashi
Kamui Kobayashi

Kamui Kobayashi

Kamui Kobayashi (小林 可夢偉, Kobayashi Kamui, lahir 13 September 1986 di Amagasaki, Hyogo, Jepun) ialah seorang pemandu kereta lumba dari Jepun, yang kini bertanding dalam kejuaraan FIA World Endurance Championship. Beliau pernah bersaing dalam GP2 Series, memenangi kejuaraan GP2 Asia Series, dan membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu bersama Toyota pada dua perlumbaan terakhir pada musim 2009 dengan mengantikan Timo Glock yang cedera dalam sebuah kemalangan pada pusingan kelayakan di Grand Prix Jepun. Beliau berlumba untuk Sauber sejak tahun 2010, namun meninggalkan pasukan tersebut selepas digantikan oleh Esteban Gutiérrez bagi musim 2013.[1] Pada tahun 2013, Kobayashi bersaing dalam FIA World Endurance Championship, di mana beliau berlumba untuk pasukan AF Corse dalam kelas LMGTE-PRO, dan juga membuat penampilan sulungnya dalam acara 24 Hours of Le Mans.Pada bulan April 2013, beliau telah diberikan anugerah Pencapaian Cemerlang dalam kategori Sukan di acara The Asian Awards di London.[2]

Kamui Kobayashi

Lahir (1986-09-13) 13 September 1986 (umur 33)
Mata kerjaya 125
Pusingan terpantas 1
Pasukan Toyota, Sauber
Petak pertama 0
Kewarganegaraan Jepun
Perlumbaan terakhir Grand Prix Brazil 2012
Kejuaraan 0
Podium 1
Kemenangan 0
Perlumbaan pertama Grand Prix Brazil 2009
Kedudukan 2012 Ke-12 (60 mata)
Perlumbaan 60
Tahun aktif 20092012

Rujukan

WikiPedia: Kamui Kobayashi http://www.autosport.com/news/report.php/id/103182 http://www.autosport.com/news/report.php/id/105958 http://www.autosport.com/news/report.php/id/107732 http://www.autosport.com/news/report.php/id/63966 http://www.autosport.com/news/report.php/id/79107 http://bollyspice.com/57703/asian-awards-winners-n... http://www.formula1.com/news/headlines/2011/7/1236... http://www.formula1.com/news/headlines/2012/11/140... http://www.formula1.com/news/headlines/2012/9/1373... http://www.imdb.com/name/nm3691367/